Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pihak pendakwaan mendapati terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa lelaki itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri semalam.

"Setakat ini, pasukan penyiasat tidak berjaya menemukan lain-lain anggota badan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suami mangsa, seorang peniaga berusia 42 tahun, ditahan polis selepas memberikan keterangan meragukan mengenai kehilangan isterinya berusia 31 tahun itu, beberapa hari sebelum kepalanya ditemui.

Dua hari selepas penemuan kepala wanita itu, polis menahan reman suami mangsa selama tujuh hari untuk membantu sisastan.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan berkahwin pada 2011 sebelum menetap di Sri Aman dan pasangan itu mempunyai dua orang anak. - Bernama