Bekas Perdana Menteri itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung tiga pertuduhan penggubahan wang haram. 

Tiga pertuduhan itu membabitkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA)  yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bekas Menteri Kewangan itu juga hadir ke mahkmah bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes tiga pertuduhan pecah amanah dan satu penyalahgunaan kuasa membabitkan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta yang dituduh pada 4 Julai lalu.

Difahamkan, Najib akan tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi. - K! ONLINE