Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen perubatan semua mangsa daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Pihak pembelaan bagaimanapun tidak mempunyai bantahan dan memaklumkan masih belum menerima dokumen lengkap berhubung laporan perubatan semua mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Fatinah Abu Bakar manakala tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. - K!ONLINE