Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, sebanyak 1,064 kes telah direkodkan berbanding 784 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, bagaimanapun jumlah wabak itu menurun sebanyak 11 kes pada minggu ke 27.

"Taman asuhan kanak-kanak (taska) atau tadika telah menyumbang sejumlah 63.6 peratus wabak HFMD berbanding 23.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

"Kita meminta semua pihak terutamanya pengurusan taska, pusat asuhan atau jagaan kanak-kanak melakukan beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang isolasi, menjaga kebersihan serta memastikan adik-beradik kepada pesakit juga tidak dihantar ke taska untuk mengelak penularan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka anjuran Hospital Pakar Putra di sini hari ini. - K! ONLINE