Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kes kematian yang disebabkan penyakit itu juga meningkat sebanyak 108 kematian berbanding 61 kes tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 77 peratus.

"Kes denggi telah menunjukkan peningkatan bermula bulan Mei tahun ini," katanya satu dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly menjelaskan negeri Selangor merekodkan kes denggi tertinggi sebanyak 40,849 kes manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan sebanyak 8,794 kes, diikuti Johor sebanyak 6,057 kes.

Sementara itu menurut Dr. Dzulkefly, sambutan Hari Denggi ASEAN peringkat kebangsaan juga disambut bersekali dengan Konvensyen COMBI (Communication For Behavioral Impact) dan tema yang dipilih tahun ini ialah "Banteras Denggi, bermula dengan saya".

Beliau berkata, tema ini bertepatan untuk membuktikan peranan setiap individu dan komuniti amat penting bagi aktiviti pencegahan denggi.

Beliau juga menegaskan semua pihak termasuk masyarakat, agensi swasta dan media memainkan peranan penting bagi menjamin kejayaan pencegahan Denggi secara berterusan. -Bernama