Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh perbicaraan itu untuk pihak-pihak berkenaan hadir menunjukkan sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucuthakkan kepada kerajaan. 

Mohamed Zaini juga bersetuju dengan permohonan pendakwaan supaya mewartakan notis yang mempelawa pihak ketiga hadir mengemukakan alasan terhadap tindakan pelucuthakan itu beberapa hari atau minggu sebelum perbicaraan.

"Terdapat keperluan mewartakan notis supaya sebarang tuntutan diketahui oleh mahkamah sebelum mahkamah dapat mempertimbangan perlucuthakan aset berkenaan," kata hakim.

Wang yang dibekukan oleh pihak berkuasa dalam akaun Larry Low dipercayai sebahagian daripada penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). - Bernama