Pengakuan tersebut dilakukan tertuduh, Marsan [email protected] Mohamad Asnalul, 32, di hadapan Hakim Azreena Aziz di Mahkamah Sesyen dekat sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat cahaya mata itu didapati tidak memiliki pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini pada bulan Ogos 2017 hingga 15 Mac 2018.

Pertuduhan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 6 (1) c Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun dan tidak lebih enam kali sebatan.

Azreena menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan satu sebutan.

Sementara itu, pada prosiding yang sama Azreena turut menetapkan 21 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula terhadap tertuduh yang berhadapan pertuduhan menyertai kumpulan militan Abu Sayyaf.  

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Farrah Farizah Wan Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE