Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan dilakukan pihaknya selepas menerima satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu 9, Cheras.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, satu klip video berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri itu tular di media sosial Facebook selepas dimuat naik oleh bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil semalam.

Sementara itu, Isham Jali melalui satu muat naik di akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan bahawa sehingga kini tiada peraturan bertulis berkenaan siaran rakaman transkrip video (CRT) prosiding mahkamah.

"Perbicaraan Datuk Seri Najib ini adalah suatu pendengaran awam (public hearing) oleh itu ianya bukanlah satu rahsia rasmi namun adalah satu rekod awam yang terbuka. 

"Memandangkan kes ini adalah kes yang berprofil tinggi dan menarik perhatian umum, maka rakyat berhak diberi peluang untuk mengikuti perbicaraan ini dengan terbuka atau dengan kekangan yang minimum," jelas beliau. - K! ONLINE