"Pada asasnya, kami akan memastikan promoter mata wang kripto, yang termasuk bitcoin, ethereum dan ripple, untuk menjadi lebih telus,  metodologinya telus dan orang yang bertanggungjawab di sebaliknya juga telus.

"Harapnya, dengan berbuat demikian, orang ramai boleh membuat keputusan mengenai sama ada untuk melabur dalam mata wang kripto," katanya semasa sesi soal jawab pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-40 Harvard Business School Alumni Club of Malaysia.

Kira-kira 250 alumni Harvard Business School menghadiri majlis makan malam itu.

Muhammad berkata, Malaysia mengambil pendekatan sedikit berbeza terhadap mata wang kripto, tidak seperti beberapa negara yang memutuskan untuk melarang penggunaannya.

"Kita tidak akan larangnya buat masa ini, tetapi kita akan biarkan pasaran memutuskan masa depan mata wang kripto. Apa yang paling penting adalah mereka perlu tahu apa yang mereka terlibat," katanya sambil menambah BNM tidak mengiktiraf mata wang kripto sebagai wang fiat. - Bernama