PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata, fasa terakhir proses perobohan dijalankan selepas laluan utama di kedua-dua tapak plaza tol itu dibuka kepada orang ramai, masing-masing pada 13 dan 18 Mac lepas.

Menurut kenyataan itu, PLUS turut mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang kerja-kerja dijalankan sejak 20 dan 21 Februari lepas. - Bernama