Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini berkata, sehingga 22 Jun ini semua jentera atau peralatan penyelengaraan juga dialih jauh dari bahu jalan bagi membantu melancarkan pergerakan lalulintas yang dijangka mengalami peningkatan aliran kenderaan sempena sambutan hari raya.

Namun dalam tempoh itu kerja-kerja menampal jalan berlubang, kecemasan dan kritikal serta kerja pembinaan di luar rizab jalan adalah dikecualikan dan tetap diteruskan, kata kenyataan itu.

Menurutnya, JKR juga telah menubuhkan pasukan peronda bagi memantau sebarang kerosakan jalan dan kemalangan sepanjang tempoh Ops Bersepadu yang berlangsung selama dua minggu itu termasuk membuat penyelarasan bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta memberi khidmat nasihat teknikal dan bantuan lain berkaitan pengurusan lalu lintas.

Kata kenyataan itu, sepanjang tempoh Ops Bersepadu,  Had Laju Kebangsaan di jalan persekutuan juga diturunkan dari 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j. - Bernama