Dalam kejadian pukul 5.15 pagi, dua maut manakala tujuh parah dalam satu nahas melibatkan tiga buah kenderaan berat serta sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuh Raya NKVE arah Damansara menghala Plaza Tol Subang di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, seorang lelaki dan seorang wanita maut manakala tujuh lagi parah dalam nahas tersebut.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pembersihan kemalangan itu masih dijalankan. - K! ONLINE

kemalangan
Kemalangan melibatkan tiga buah lori dan sebuah kereta.

 

kemalangan
Nahas tersebut mengakibatkan seorang lelaki dan seorang wanita maut manakala tujuh lagi parah.