Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, kereta yang musnah adalah jenis Toyota Avanza dan Perodua Axia selain sebuah motosikal jenis Modenas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Juyana @ Azlan Musa berkata, seramai 11 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.23 tengah hari tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kebakaran bermula di sebuah pondok Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) yang terletak bersebelahan garaj tersebut.

"Difahamkan terdapat sebilangan kanak-kanak bermain api di sekitar pondok.

"Kebakaran itu telah memusnahkan tiga buah kenderaan  dan api berjaya dikawal pukul 12.51 tengah hari," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Jelas beliau, jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.  -K! ONLINE