Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, bomba menerima panggilan kecemasa pada pukul 4.11 petang dan seramai enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, sebuah kereta jenis Ferrari marak terbakar hingga hangus keseluruhannya dan pemandunya tidak ditemui di sekitar kawasan tersebut.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan kebakaran dengan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rizal menambah, kereta berkenaan terbakar ketika dipandu di lebuh raya itu,

“Kami tidak menjumpai pemilik atau pemandunya yang dipercayai berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta itu terbakar.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. - K! ONLINE