Angka korban sebelum ini ialah 10 orang. Agensi berita Turki, Anadolu memetik Recep sebagai berkata, operasi mencari dan menyelamat di lokasi kemalangan berakhir pagi semalam.

Kereta api itu dikatakan tergelincir dari landasan petang kelmarin di rantau Tekirdag semasa menuju ke Istanbul.

Media tempatan memetik Menteri Kesihatan, Ahmet Demircan sebagai memberitahu, seramai 338 orang memerlukan rawatan selepas kemalangan berlaku, manakala 124 orang masih dirawat di hospital.

Menurut beberapa laporan, tren membawa 362 penumpang itu tergelincir berikutan tanah di bawah landasan di lokasi kejadian terhakis akibat hujan lebat. 

Menteri Pengangkutan Turki, Ahmet Arslan berkata, pemeriksaan terakhir landasan di kawasan tersebut dilakukan pada April lalu. - AFP