Beliau berkata, kenderaan persendirian adalah ruang peribadi seseorang dan ia tidak boleh diganggu.

"Merokok dalam kereta itu kawasan persendirian, kita tidak boleh ganggulah melainkan kalau perokok (merokok) dalam kenderaan awam kerana ia berada di bawah peraturan sedia ada dan ia memang kawasan larangan merokok.

"Kalau ibu bapa yang memandu dan dalam kereta ada kanak-kanak sepatutnya (mereka) tidak merokok. Mereka (ibu bapa) patut jaga anak supaya tidak merokok. Kalau dia pandu seorang, itu hak dia untuk dia merokok atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Menanam Pokok Let's Go Green anjuran Yayasan Paru-paru Malaysia (LFM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod dan Pengerusi LFM, Datuk Dr. Zainudin Md Zain. - Bernama