Beliau turut mencadangkan supaya pelantikan itu dibuat dalam masa terdekat.

Inisiatif penyertaan anak muda akan diteruskan dengan melantik belia berkelayakan dalam pelbagai jawatan utama bagi meningkatkan suara anak muda dalam membuat keputusan.

"Atas kepercayaan dan kesetiaan anak muda dalam memberi ruang kerajaan baharu memimpin negara pada hari ini, kita akan pastikan suara anak muda akan sentiasa diberi perhatian dan diambil kira dalam setiap proses keputusan kerajaan di semua peringkat, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 

"Fokus dan keutamaan dalam membangunkan generasi muda melalui pelbagai inisiatif akan terus dilaksana dan diperkukuh oleh kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2019 bertemakan 'Youth Power' di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini. - Bernama