Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, beliau akan berbincang tentang perkara itu dengan 
Menteri Pembangunan Lu­ar Bandar, Rina Mohd. Ha­run.

"Saya dengar ramai masih kerja secara kontrak dan ada rintihan mereka patut diiktiraf sebagai kakitangan tetap. 

"Saya akan bincang dengan menteri dan kita akan bawa kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson di sini malam ini.

Menteri Pembangunan Lu­ar Bandar sebelum ini memberi jaminan iaitu kesemua 17,539 ka­kitangan kontrak dan tetap yang berkhidmat untuk jabatan itu akan dikekalkan.

Ketika ini, kira-kira 10,000 daripada keseluruhan jumlah tersebut merupakan kakita­ngan Kemas berstatus kontrak.

Dalam pada itu, Sivarasa berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu melakukan perubahan bagi memastikan semua kakitangan Kemas dapat memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka dan bukannya urusan politik. - K! ONLINE