Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan membawa cadangan tersebut untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Jelasnya, perkara tersebut dicadangkan untuk memastikan semua golongan yang membantu kepada pembangunan ekonomi negara memperoleh manfaat daripada hasil kerajaan.

"Nelayan dapat RM300 sebulan, pesawah  dan penoreh getah pula menerima bantuan sebanyak RM600 semusim.

“Jadi, saya akan duduk dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) dan menteri-menteri terlibat supaya kita dapat ikhtiar sesuatu untuk mereka (peladang). Kita (kerajaan) ingin beri berita gembira untuk 
mereka juga,'' katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Karnival Jalinan Peladang Peringkat Negeri Perak di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang dekat sini hari ini. - K! ONLINE