Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau akan membuat cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Kabinet bagi memutuskan jumlah pemberian bonus tersebut.

“Sungguhpun gaji kami (menteri) sudah dipotong, saya tahu untuk menyambut hari raya ini ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan bonus raya, tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi yang kurang baik.

“Bagaimanapun, untuk kakitangan daripada pangkat bawah, saya akan meminta sekurang-kurangnya ada sedikit bayaran. Ini saya akan minta kepada Perdana Menteri, tapi jangan harap banyaklah sekurang-kurangnya untuk golongan bawah kita usahakan dan saya cadangkan tetapi Perdana Menteri akan umum jumlahnya,” katanya pada perhimpunan tertutup melibatkan kakitangan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - K! ONLINE