Beliau berkata, akta tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat terlebih dahulu dan masih diguna pakai buat masa ini.

"Akta Hasutan 1948 masih ada. Bagi memansuhkan undang-undang itu mengambil masa dan perlu dibawa ke Parlimen.

“Dalam tempoh tersebut, undang-undang itu terus digunakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peringatan Ulang Tahun Kelahiran ke-100 Gabenor Bank Negara Malaysia yang pertama, Tun Ismail Mohamed Ali di Sasana Kijang di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Gabenor Bank Negara, Datuk Norshamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan buku biografi berjudul Tun Ismail Ali: Paragon of Trust and Integrity. - K! ONLINE