Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, penurunan harga itu diharapkan dapat membantu golongan B40 untuk memiliki rumah mampu milik.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan berusaha memastikan tiada pihak mengambil kesempatan untuk sewenang-wenangnya menaikkan harga rumah berdasarkan kos-kos yang tidak munasabah.

"Jika hendak diikutkan selepas pelaksanaan SST harga bahan binaan akan mengalami penurunan. Tetapi daripada segi harga jualan untuk setiap unit rumah itu turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti harga tanah dan perbelanjaan pengurusan.

"Saya tidak dapat jamin berapa peratus penurunan harga rumah selepas SST nanti, tetapi jika bahan binaan sudah berkurang kita akan bekerjasama dengan Rehda (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) serta pihak berwajib untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga rumah oleh pemaju," katanya kepada pemberita di sin, hari ini. - Bernama