Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kajian tersebut juga akan membincangkan pembangunan syarikat-syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan peningkatan eksport.

Beliau berkata, industri automotif amat penting jika kita bercita-cita menjadi negara maju kerana sebuah negara maju perlu mengadakan kebolehan tinggi dalam bidang kejuruteraan.

"Industri automotif boleh jana pengeluaran produk kejuruteraan yang boleh tampung industri lain dalam negara dan untuk eksport ke luar. Dengan adanya Proton dan Perodua, banyak perusahaan kejuruteraan dapat diadakan.

"Sehubungan itu, kerajaan ketika ini dalam proses kajian semula Dasar Automotif Nasional bagi memastikan industri automotif tempatan kekal kompetitf termasuk cadangan projek kereta nasional baharu.

"Kerajaan juga terbuka ke atas mana-mana cadangan berkaitan pelaksanaan projek kereta nasional baharu termasuk cadangan untuk bekerjasama dengan negara lain," katanya pada persidangan di Dewan Rakyat di sini sebentar tadi.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu mengenai projek kereta nasional baharu negara. - K! ONLINE