Beliau berkata, usaha itu akan dilaksanakan mengikut acuan Malaysia sendiri yang berasaskan gagasan Rahmatan lil Alamin dengan menggunakan pendekatan Maqasid As-Syariah.

Wan Azizah berkata, Maqasid As-Syariah yang ingin dicapai iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta perlu menjadi tonggak dan hala tuju yang jitu dalam pensyariatan hukum dan ajaran Islam. 

"Apabila semuanya dapat digembleng dengan baik dan sempurna ia akan menjadi sebuah acuan yang unggul untuk memastikan pentadbiran negara yang penuh integriti dan telus. 

"Ini semua telah diperkatakan dalam Al-Quran sama ada secara jelas atau secara simbolik," katanya ketika berucap di majlis penutupan program World Convention Al-Khaf sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, di sini hari ini. - Bernama