Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini kerana keputusan itu dibuat selepas  mengambil kira pandangan semua pihak termasuk masyarakat Orang Asli sendiri, selain pandangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan juga mahkamah.

"Kerajaan (negeri) sudahpun beri masa yang lama. Jadi pihak berwajib terpaksa mengambil tindakan sepatutnya. Malah ada juga Orang Asli termasuk penghulu jumpa saya mengadu tidak mendapat hasil kerana sekatan tersebut.

"Kita juga sudah jumpa Suhakam dan mereka terima baik pandangan kita. Kita tidak bertindak sesuka hati. Malah kita mengikut keputusan mahkamah baru-baru ini. Kita bagi mereka tanah untuk tinggal dan bercucuk tanam, dan mencari hasil (hutan). 

"Mana-mana tanah yang mempunyai masalah, kita gazetkan sebagai tanah perlindungan," katanya selepas ditemui di majlis pelancaran Institut Dakwah Antarabangsa Perkim Kuala Lumpur (IDIPKL) oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - Bernama