Perdana Menteri berkata, dalam soal gaji minima sebagai contoh, kedua-dua negeri itu akan menikmati jumlah yang sama dengan Semenanjung Malaysia selain pembangunan infrastruktur yang sama.

"Kita perlu membangunkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak supaya sama dengan infrastruktur di Semenanjung, tetapi harus diingat jumlah penduduk di sana kurang daripada Semenanjung.

"Sebab itu ternampak seolah-olah kita memberi keutamaan kepada penduduk di Semenanjung tetapi sebenarnya kita mengambil kira return on investment sama ada infrastruktur itu dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk Sabah dan Sarawak," katanya dalam sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai langkah kerajaan membantu Sabah dan Sarawak agar kedua-dua negeri tersebut mengecapi kemajuan seperti Semenanjung Malaysia. - Bernama