Pengerusinya, Abdul Muiz Hussin berkata, penutupan IPG itu akan menimbulkan masalah kepada para pensyarah yang terpaksa dipindahkan ke kampus lain selain ramai yang akan bersara dalam masa beberapa tahun lagi.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dalam pembentangan Bajet 2016 mengumumkan keputusan untuk menutup sembilan IPG termasuk IPG Perlis dalam usaha mengurangkan perbelanjaan negara tanpa alasan kukuh.

"IPG ini telah berjaya melahirkan ramai graduan berkualiti dan mereka turut meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Sumbangan IPG ini sangat besar," kata Abdul Muiz kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, pembukaan sebuah lagi politeknik akan melibatkan perbelanjaan tambahan kerana banyak fasiliti perlu ditambah. - Bernama