Beliau berkata, sebaliknya, institusi sedia ada akan digunakan sepenuhnya dengan lebih efisien  tanpa meningkatkan kos negara.

"Kita yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada pada pentadbir sendiri dan kerajaan yang telah dipilih sendiri oleh rakyat, kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatkan kos pentadbiran negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra, di sini hari ini.

Ini adalah perjumpaan pertama Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dengan warga JPM selepas dilantik sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, susulan kemenangan pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Perdana Menteri berkata, pelbagai perubahan dalam pentadbiran akan dilaksanakan namun ia hanya akan dilakukan setelah dikaji secara mendalam memandangkan maklumat yang ada ketika ini belum mencukupi. - Bernama