Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek-projek itu akan memerlukan pembiayaan yang amat besar sekiranya diteruskan kerana pinjaman negara telah pun tinggi

"Sekiranya negara mahu mengelak daripada bankrap, kita perlu belajar bagaimana untuk menguruskan hutang kita yang besar dan salah satu caranya adalah menghentikan projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. 

Dr. Mahathir berkata, kabinet bersetuju membatalkan projek HSR memandangkan implikasi kewangannya yang tinggi, namuk tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura. 

Apabila ditanya sama ada kerajaan akan menimbang balik keputusan itu sekiranya kerajaan Singapura boleh membuktikan projek ini akan memberi faedah kepada Malaysia, beliau berkata: "Kami akan mendengar penerangan mereka. Mereka adalah rakan kita yang baik." 

Perdana Menteri berkata satu taklimat penuh akan diadakan esok untuk memberitahu cara-cara Kementerian Kewangan mengawal kos pentadbiran negara. - Bernama