Katanya, jumlah itu melibatkan 1,653,786 kes merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan yang tidak menerima bayaran balik cukai terlebih bayar mereka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),  disebabkan oleh kekurangan pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

"Bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarkan jumlah baki tabung tersebut. Baki yang sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei tahun ini hanya RM1.486 bilion berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara.

"Amaun ini adalah jauh lebih rendah daripada keperluan jumlah bayaran balik kredit cukai sebanyak RM16.046 bilion yang sepatutnya dibayar.

"Dengan kata lain, masih wujud kekurangan RM14.56 bilion setakat 31 Mei tahun ini yang menyebabkan 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik cukai mereka sejak lebih enam tahun dahulu," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama