"Kalau tak bentuk awal, kita tidak mempunyai kerajaan.Sebelum ini ada kekeliruan daripada pihak Istana Negara tetapi sudah selesai. 

"Semua Ahli Parlimen PH telah menandatangani deklarasi untuk menyokong saya sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini tengah hari tadi.

Dr. Mahathir menegaskan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuh dan diganti semula dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 

Dalam pada itu, katanya, Akta Antiberita Tidak Benar juga akan dikaji semula.