Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi penagajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.

"Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bagi semua sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dapat keuntungan daripada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak untuk belajar daripada bahasa itu.

"Khususnya, ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Filipina hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. - Bernama