Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak kewujudan Mara, masa depan kedua-dua golongan berkenaan telah jauh berubah berbanding sebelum ini kerana mereka berpeluang mendapat tajaan dan pendidikan yang ditawarkan agensi berkenaan.

"Lihatlah antara mereka yang ternama dalam majlis ini seperti Tan Sri Abdul Wahid Omar dan ramai lagi yang mana masa depan mereka telah berubah dengan begitu ketara kerana jasa-jasa Mara.

"Hakikatnya, Mara tidak wujud dengan sendiri, sebaliknya menerusi dasar yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini, hari ini dan insyallah pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis himpunan 'Saya Anak Mara' di Kampus Subang Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) di sini hari ini.
 
Hadir sama, Pengerusi Mara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (MUAFAKAT), Datuk Rizal Mansor dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf. K! ONLINE