Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, setakat ini, borang-borang petisyen telah pun diberikan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk mengumpul maklumat dan data berkaitan lambakan cili itu dalam masa sebulan.

Petisyen disasarkan untuk diisi lebih 800 pengusaha cili yang berdaftar dengan kementerian.

“Sekiranya benar terdapat isu lambakan atau pembuangan, laporkan kepada kita dan kita akan hantar laporan berkenaan kepada MITI dan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Ini merupakan tanggungjawab kementerian sekiranya ada laporan (petisyen) yang dikeluarkan oleh pengusaha.

“Salah satu perkara yang kita boleh kenal pasti adalah melalui harga yang mana sekiranya harga cili import dijual di Malaysia lebih murah daripada harga cili yang dipasarkan di negara pengimport, maka ia boleh dikategorikan sebagai pembuangan,” katanya. - Bernama