Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, itu merupakan salah seorang peserta dalam program mendaki gunung berapi Rinjani bersama 17 warga Malaysia lain.

Mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan, manakala enam lagi turut dilaporkan cedera.

"Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk segera mengenal pasti wanita tersebut dan akan membawa jenazah tersebut pulang ke tanah air," katanya menerusi catatan dalam laman Twitter beliau. 

Wan Azizah pada masa yang sama, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kejadian tersebut dan berharap mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan itu. - Bernama