Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata sejak dilaporkan pada Rabu lalu, hanya dua kes kematian masih kekal akibat kes keracunan berkenaan.

Daripada jumlah kes baharu, satu kes dilaporkan di Kedah, 15 di Perak dan tiga kes di Selangor, katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sebanyak sembilan pesakit masih dirawat di hospital dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil,"katanya sambil menambah pecahan 80 kes ialah 31 di Perak (termasuk dua kematian), 25 kes (Kedah) dan 24 kes di Selangor.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa. - Bernama