Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A.Sahak Rahmat berkata, punca kematian kerja-dua lelaki itu diperolehi menerusi bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kinabatangan hari ini.

"Punca kematian adalah akibat keracunan karbon monoksida dari pelepasan asap kenderaan dan juga gas pendingin hawa kenderaan", katanya hari ini.

Semalam, mayat Mohd Fitri Haimin, pemandu dan penumpangnya, Mohd Helmey Zan Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kilometer 80 Jalan Kinabatangan-Lahad Datu. - Bernama