"Saya kira Perdana Menteri membuat keputusan untuk mengurus (Khazanah) supaya tahap ekonomi negara ini boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Wan Azizah diminta mengulas mengenai pelantikan Mahathir yang berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Sukhdave Singh dan bekas Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, pelantikan Mahathir dan Mohamed Azmin tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu mengurangkan kuasa Perdana Menteri dan tidak akan ada lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan. - Bernama