Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu, 4,896 adalah calon sekolah menengah agama negeri; sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (2,724); dan sekolah menengah agama rakyat (851).

Calon persendirian pula seramai 1,428; sekolah menengah swasta (57); dan calon luar negara dari Kemboja (122).

KPM berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Menurut KPM, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 yang akan diaktifkan bermula 10 pagi 17 Januari 2019 hingga 6 petang 23 Januari 2019 atau melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan. - Bernama