Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, jumlah itu menjadikan Sarawak tetap mempunyai 'suara' yang kuat di Parlimen.

Diitemui semasa hendak beredar meninggalkan Bilik Gerakan BN Negeri di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam ini, beliau berkata, kemerosotan tersebut banyak berpunca daripada isu-isu nasional.

Menurut laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terkini, BN menang 18 kerusi, DAP enam, PKR empat, dan dua lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas, manakala keputusan satu lagi yakni kerusi Parlimen Baram masih belum diumumkan pemenangnya, walaupun keputusan tidak rasmi menunjukkan ia sudah dimenangi BN.

Angka itu menunjukkan perbezaan ketara berbanding keputusan PRU-13 pada 2013 menyaksikan BN memperoleh 25 kerusi, berbanding DAP lima dan PKR satu. - Bernama