Akmal Nasrullah mendapat 50,053 undi manakala Shahrir (30,270 undi).

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, pula berjaya mempertahankan kerusinya untuk penggal yang kedua dengan meraih 24,002 undi, berbanding pesaingnya, Ang Boon Heng daripada BN iaitu 11,532 undi.

Ahli DUN Larkin, Mohd. Izhar Ahmad menang selesa dengan menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Yahya Jaafar daripada BN dan Zakiah Tukirin daripada Pas.

Mohd. Izhar memperoleh majoriti dengan 25,012 undi, manakala Yahya meraih 16,422 undi dan Zakiah pula 3,233 undi.

Keputusan rasmi undi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya Parlimen Johor Bahru, Md. Rofiki A. Shamsudin di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Johor, setakat pukul 1 pagi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, PKR telah memenangi sebanyak 14 kerusi iaitu Jementah, Pekan Nanas, Semerah, Bukit Naning, Simpang Jeram dan Bentamyan.

Selain itu, Serom, Tangkak, Kemenlah, Gambir, Pemanis, Kota Iskandar, Tenang dan Bekok.

BN pula telah memanangi tiga kerusi DUN iaitu Buluh Kasap, Kukup dan Endau.

Bagi Parlimen, PKR telah memanangi kerusi Iskandar Puteri, Segamat, Tanjung Piai, Kluang, Sekijang, Bakri dan Labis manakala BN mempertahankan kerusi Parit Sulong, Pengerang dan Kota Tinggi

Bagi kerusi DUN Johor sebanyak 56 kerusi dipertandingkan manakal 26 kerusi bagi Parlimen. - K! ONLINE