Mengikut pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Pakatan Harapan yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 daripada 28 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen. 

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron mempertahankan kerusi DUN Sungai Udang dengan majoriti sebanyak 2,229 undi.

Idris memperoleh sebanyak 10, 073 undi menewaskan calon PKR, Mohd. Lokman Abdul Gani yang mendapat 7,844 undi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti 8,159 mengalahkan calon PKR, Datuk Sabirin Ja'far dan Calon Pas, Nasir Othman. - K! ONLINE