Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang diberi kepercayaan bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar kalah dengan pencabarnya, Datuk Azis Jamman daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), majoriti 12,984.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yang bertanding kerusi Parlimen Kota Belud pula hanya memperoleh 19,167 undi selepas ditewaskan calon Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis (23,429).

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur;Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula gagal mempertahankan kerusi masing-masing untuk Parlimen Silam, Parlimen Tawau dan Parlimen Papar. - K! ONLINE