Ismail menewaskan calon PKR, Ahmad Farid Ahmad Nordin dan Hasenan haron (Pas).

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia itu memberitahu, kemenangan itu merupakan hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi pengundi di Parlimen Maran sejak PRU-11.

“BN akan terus kukuh menerajui kawasan Parlimen ini dengan membawa pembangunan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di sini hasil daripada kerja keras untuk membela nasib rakyat yang memerlukan.

“Terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen Maran serta memberi peluang menganggotai jemaah kabinet penggal lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada jentera BN yang telah bertungkus lumus memastikan kemenangan BN di kawasan itu. - K! ONLINE