Walau bagaimanapun, Gabungan pembangkang PKR masih belum memutuskan lagi barisan kabinet baharu berikutan memerlukan persetujuan daripada empat presiden partinya.

Pengerusi Pertubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamed, berkata, sehingga kini hanya jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Sementara yang diputuskan.

"Pihak istana memohon Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk berjumpa istitusi terbabit ekoran parti itu masih belum melantik jawatan utama mereka.

"Saya berharap angkat sumpah akan dijalankan pada hari ini (Khamis).

Menurutnya, kita akan berusaha berkaitan isu pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan pada 8 Jun depan," katanya pada sidang akhbar di Hotel Sheraton di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir mengumumkan cuti umum bermula Khamis (hari ini) sehingga Jumaat.

Pembangkang membentuk kerajaan setelah berjaya mencapai kemenangan majoriti mudah apabila memperoleh 112 kerusi Parlimen.

Namun, keputusan muktamad PRU-14 bagi kesemua 222 kerusi Parlimen masih belum diumumkan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.