Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dua DUN iaitu Mata Ayer dan Sanglang dimenangi Pas.

Sementara itu, tiga DUN dimenangi gabungan parti pembangkang di bawah bendera PKR iaitu Kuala Perlis, Sena dan Indera Kayangan.

"Kerusi Parlimen Kangar dimenangi PKR buat kali pertama sementara Parlimen Arau dan Padang Besar kekal dimenangi BN.

"Kita menerima keputusan ini sebaiknya ," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

DUN dimenangi BN ialah Bintong, Chuping, Kayang, Mata Ayer, Simpang Empat, Titi Tinggi, Beseri, Santan, Pauh dan Tambun Tulang. - K! ONLINE