Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen terbabit sejak tiga penggal lalu tewas kepada Alias Abd. Hamid dari Pas yang memperoleh majoriti 2,163 undi.

Alias memperolehi 39,878 undi manakala Ahmad Shabery pula mendapat 37,715 undi dan Mohd. Huzaifah Md. Suhaimi dari Parti Keadilan Rakyat (12,911).

Pada PRU-13, Ahmad Shabery yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 12,306 undi. - K! ONLINE