Adnan berjaya mengekalkan kerusi buat penggal kelapan dengan meraih, 5,410 undi mengalahkan pencabarnya, Zaharim Osman (Pas),  1,817 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Norhaizan Abu Hasan (3,098 undi). 

Sementara itu,  Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tong Lai gagal mengekalkan kerusi Parlimen Bentong selepas tewas kepada calon PH Wong Tack yang merupakan aktivis alam sekitar dari DAP dengan majoriti 2,032 undi.

Pengumuman dilakukan oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Parlimen Bentong, Datuk Azhar Arshad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU14 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini, hari ini. - K! ONLINE