Katanya, Anwar telah dipenjarakan secara keseluruhannya selama 11 tahun dan telah menyebabkan beliau dinafikan haknya untuk mewakili rakyat di dalam Dewan Rakyat.

"Untuk dia bertindak aktif dalam politik, inilah caranya untuk menjadi wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada mangsa ribut Kuala Teriang di sini.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah hari ini mengumumkan pengosongan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.

Danyal berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu Anwar dalam usahanya kembali sebagai seorang Ahli Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan. - Bernama