Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs menyokong bahawa penjawat awam tidak perlu menuruti arahan membuta tuli kerana mereka telah dibekalkan dengan perundangan dan garis panduan yang tersendiri.

"Kalau individu yang beri arahan itu sendiri akur kepada undang-undang yang termaktub, ternyata ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

"Namun apa yang membimbangkan Cuepacs adalah sekiranya terdapat arahan lain (arahan dari semasa ke semasa) yang tidak dipatuhi, ia akan menjejaskan markah prestasi dan menyekat laluan kerjaya pekerja itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ismail semalam dilaporkan berkata bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya menjadi seorang pengikut. - Bernama